Wednesday, May 7, 2008

Minda Usahawan..

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH blog ni semakin dapat perhatian, walaupun tak sehebat blog Tun Mahathir. Saya minta jasa baik sahabat-sahabat untuk sama-sama menghebohkan tentang kewujudan blog saya ni.

Kali ni saya nak berbincang tentang minda usahawan.
Kebanyakan kita telah dilatih untuk hidup seperti orang biasa. Belajar tinggi2, kemudian kerja dengan orang, atau kerja makan gaji. Memangla gajinya ribu2, tapi tetap makan gaji. Mengapa kita takut untuk ambil risiko dengan memulakan perniagaan sendiri. Banyak perkara yang kita salah faham tentang dunia perniagaan, antaranya;
1- Modal permulaan yang besar
Modal permulaan tidak semestinya besar, ada perniagaan yang hanya memerlukan kurang RM100 untuk dimulakan.
2- Usaha yang banyak
Sebenarnya, jika kita bijak mengurus, perniagaan ini tidak akan memerlukan usaha kita yang banyk.
3- Potensi untuk gagal amat besar
Kenapa takut kegagalan? Adakah semua yang memulakan perniagaan gagal? Mengapa tidak jadikan orang yang berjaya sebagai contoh?
4- Aku tiada minat dan skill untuk berniaga
Anda dah gila ke? Anda dilahirkan dengan akal yang sempurna, tiba2 kata anda tak mampu untuk buat sesuatu yang orang lain mampu. Apa-apapun minat kita, semuanya boleh diniagakan. Berniaga ibarat makan. Kita boleh makan apa saje, semuanya digelar MAKAN. Jadi, jika kita minat pada bunga, cuba buat business berkaita bunga. Tak semestinya nak jual bunga. Anda boleh juga buat pusat rekreasi yang penuh dgn bunga. Anda boleh buat wangian daripada bunga. macam2 lagi sebenarnya. Hanya kita malas nak fikir.

Saya tak cukup masa untuk menulis semua perkara pada kali ni. InsyaALLAH saya akan sambung topik ni kemudian. Apa sekali pun, manusia dilahirkan dengan pelbagai ciri2. Ada yang akan memulakan perniagaan, ada yang akan bekerja dalam perniagaan tersebut dan sebagainya. Jika semua manusia membuka perniagaan masing2, siapa yang nak bekerja. Betul tak? Cuma, kita selaku satu individu yang diberi pendedahan perlu memilih yang terbaik. Bukan semestinya "YANG KITA RASA TERBAIK", tapi mestilah yang benar2 terbaik untuk kita. WALLAHU A'LAM.

No comments: