Monday, June 23, 2008

Azalina lebih Jantan dari Pak Lah

Assalamualaikum.
Blog ini masih terus membicarakan isu2 politik kerana tekanan yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat amat berat. Semakin hari berlalu, semakin teruk rakyat ditekan dan ditindas.

Baru-baru ini Presiden SAPP mengumumkan hilang percaya kepada Pak Lah. Kalau diteliti dari konsep Islam, hilang percaya bermaksud murtad. Jadi, sepatutnya SAPP telah dikira murtad dari BN. Walaupun ada beberapa tokoh UMNO yang meminta SAPP disingkirkan dari BN, percayalah Pak Lah takkan berani melakukan perkara tersebut. Yelah, Pak Lah kan bersifat betina, pengecut.

Mungkin pak Lah perlu belajar daripada Azalina Othman tentang KEJANTANAN. Azalina amat berani apabila mengeluarkan surat untuk menghentikan atau menggantung aktiviti pelanongan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Inilah JANTAN!!. Tapi, Pak Lah tiada keberanian seperti itu.

Kelantangan Mukhriz hanya ditutup begitu saja. Muhyiddin masih boleh berkata-kata sesuka hati walaupun dilihat bertentangan dengan kenyataan Pak Lah sendiri. Pak Lah sudah menyataan menerima Ezam, tapi Muhyiddin masih mengatakan bahawa kemasukan Ezam memerlukan keputusan MT UMNO. Apa ni Pak Lah??

SAPP sudahpun menyatakan tidak percaya pada Pak Lah, tapi Pak Lah masih menawarkan jawatan senator kepada Presidennya...Ish..Ish...Ish..

Memang, Pak Lah perlu belajar menjadi JANTAN daripada Azalina. Pergilah menuntut ilmu kejantanan dahulu, baru berbicara tentang perubahan.

No comments: