Monday, November 24, 2008

Blog tidak beroperasi lagi..

Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan semua, blog in tidak akan beroperasi lagi. Terima ksih kepada pengunjung-pengunjung semua.

Friday, September 12, 2008

Upin dan Ipinku..

Assalamualaikum...
Ramadhan menjelang lagi. Kita berpuasa, harap2 dapat puasa yang sempurna, puasa semua. Pasti ramai menanti animasi UPIN DAN IPIN di TV9 sepanjang Ramadhan ni. animasi yang amat menarik minat kanak-kanak, dewasa dan orang-orang tua pun sama. Betul betul betul...


ALHAMDULILLAH kita dah banyak melalui "evolusi" untuk mengembangkan Islam. Budaya Melayu banyak yang amat berkait rapat dengan Islam kerana Melayu telah terlalu lama hidup bersama Islam. Animasi Upin dan IPin ini memaparkan kisah kehidupan dua kanak-kanak Melayu bersama rakan-rakan mereka dari pelbagai bangsa. Bagaimana mereka melalui puasa?? Tahan ke diorang ni??


Pada saya, ini adalah satu lagi kejayaan dalam arena dakwah. Bardakwah bukan sekadar untuk berada dan bekerja dalam satu Jamaah, namun lebih luas lagi berdakwah adalah mengembangkan Islam. jangan kata produksi Upin Ipin tidak berdakwah, kerana mereka telah memaparkan keunikan dan keindahan Islam dalam bentuk animasi. Dakwah la tu.


Saya memasukkan episod-episod Upin dan Ipin dalam blog saya untuk memudahkan anda menonton. Atau lawati http://www.upindanipin.com.my/.


Terima kasih.

Monday, August 18, 2008

Teruskan Perjuangan..

Assalamualaikum.
Maaf lama tak menulis, saya terlalu sibuk dengan aktiviti harian yang banyak.
Dalam kesempatan singkat ini, saya ingin mendoakan segala kebaikan buat calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, DSAI dan seluruh penyokong dan pengundi PR.

Dalam kecelaruan yang ditimbulkan oleh media pro-BN, Tuan Guru Nik Aziz mengambil tindakan tepat dengan bersama-sama mengiringi DSAI pada penamaan calon di PErmatang Pauh. Pandangan politik Tuan Guru kita ni memang dalam, jauh dan tajam.

Semoga ALLAH membuktikan kebenaran yang sebenar. Tapi ingat, kebenaran tidak terserlah dalam sehari, tapi memerlukan masa yang amat panjang. Kebenaran Nabi Agung Muhammad pun terserlah selepas 23 tahun perjuangan, dilanda fitnah yang pelbagai. Bersabarlah.

Selamat berkempen.

Tuesday, July 22, 2008

PM, TPM dan Menteri Bekerja, bukan Berkhidmat!!

Assalamualaikum.

Terdapat suatu cerita. Pada suatu hari, di sebuah pejabat, seorang ”office boy” telah mengarahkan bosnya untuk fotostat beberapa dokumen. Lantas, bosnya telah melakukan tugas tersebut dengan cemerlang. Selepas itu, office boy itu pula mengarahkan bosnya untuk mengambil beberapa buah fail, kerana bosnya itu telah memintanya untuk menyediakan fail2 itu dan meletakkan fail2 itu di atas meja bosnya. Sebelum tamat waktu pejabat, si office boy sempat lagi menyuruh bosnya itu untuk menyusun dokumen2 yang terdapat di atas mejanya, kerana tidak mahu bosnya (orang yang sama) marah jika didapati meja si office boy itu berselerak pada keesokan paginya.

Kenapa? Tak percaya ke?

Apa yang pelik sangat? Seorang office boy mengarahkan bosnya untuk melakukan kerja-kerja office boy. Bukankah itu mentaliti kita. Bukankah kita telah menganut mentaliti itu lebih 50 tahun?

Apakah takrif pekerja? Pekerja adalah individu yang melakukan sesuatu dengan mendapat ganjaran biasanya dalam bentuk gaji, elaun, bonus, ”benefit” dan lain-lain. Apa pula maksud bos? Bos adalah orang yang mengambil individu-individu (pekerja) untuk bekerja, seterusnya membayar gaji mereka. Itulah maksud bos yang sebenar. Jika sekadar orang atas kita, itu namanya Pengurus (Manager) kerana mereka juga digaji oleh Bos. Makan gaji macam kita jugak daa. (Eh, saya makan nasi...)

Jadi, bagaimana dengan cerita di atas? Jangan risau, cerita tersebut memang benar. Benar dari sudut makro. Benar dari aspek kenegaraan Malaysia. Bukankah selama ini, di negara kita, berjuta-juta Bos kini menjadi kuli, manakala beberapa orang pekerja kini telah menjadi Bos pula.

Begini, apakah pekerjaan Pak Lah, Dato’ Najib dan para menteri? Pekerjaan mereka adalah menjadi PM, TPM dan Menteri. Adakah mereka dibayar gaji? Ya, kita selaku rakyat atau sebenarnya Bos mereka yang sentiasa membayar gaji, elaun dan segala kemudahan mereka melalui kutipan pelbagai jenis cukai. Bukan sedikit, tetapi dalam jumlah yang amat besar. Puluhan ribu ringgit setiap seorang setiap bulan. Jadi, hakikatnya kita (rakyat) adalah Bos kepada para menteri.

Di dalam pengurusan sebuah syarikat, terdapat beberapa matlamat (goals) yang mesti dijadikan panduan dan arah tuju bagi setiap pekerja. Mana-mana pekerja yang berterusan menyimpang dari matlamat syarikat akan dibuang. Mereka adalah individu yang merugikan syarikat. Hukum ini juga diguna pakai oleh apa-apa saja organisasi, baik untuk tujuan kebajikan, pendidikan, mencari keuntungan dan sebagainya.

Hukum ini sekali lagi terpakai dalam konsep kenegaraan. Dalam negara kita, sepatutnya para Menteri adalah pekerja-pekerja rakyat. Mereka dibayar oleh rakyat. Secara amnya, terdapat tiga matlamat utama yang mesti dicapai oleh pekerja-pekerja (menteri) tersebut dalam mencapai pembangunan iaitu;
1- Menyediakan kemudahan asas kehidupan seperti air, rumah, perlindungan pakaian dan lain-lain (life sustenance);
2- Membina harga diri yang tinggi di kalangan rakyat (self esteem);
3- Kebebasan untuk melakukan aktiviti kehidupan.

Memang terdapat beberapa lagi matlamat dalam kehidupan ini, namun secara mudahnya, kesemua matlamat ini boleh dirangkumkan sebagai Benefit untuk Bos (rakyat) atau selalu kita ungkap sebagai kebajikan untuk rakyat, Mudahnya, kita mahukan keadaan kehidupan yang mudah, mudah untuk meneruskan hidup.

Menyoroti keadaan semasa, adakah para pekerja kita, bermula dari PM, TPM dan para Menteri yang kita bayar gaji mereka telah mencapai matlamat yang kita selaku Bos telah tetapkan? Atau sekurang-kurangnya mereka ke arah mencapai matlamat itu?

Jawapannya mudah. Para pekerja kita telah lama menyimpang dari matlamat yang kita telah tetapkan. Mereka lebih menjaga kepentingan kelompok kecil berbanding kelompok besar, iaitu Bos (rakyat) mereka. Sepatutnya, kita mesti membuang mereka. Kita perlu menjerit ”YOU ARE FIRED!!!!!” kepada mereka.

Mereka makan gaji yang kita bayar, namun mereka menjadikan kehidupan kita lebih susah. Mereka gagal mengawal harga barang-barang keperluan. Mereka gagal menyusun atur sumber-sumber dalam negara sehingga terpaksa menaikkan harga minyak kenderaan. Mereka juga dipalitkan dengan pelbagai masalah perpecahan dan persengketaan sehingga kata ”cah keting” seringkali dikaitkan dengan mereka. Mereka suka memberi alasan dan jarang mencari penyelesaian. Ini sifat pekerja kita dari Persatuan Pekerja-pekerja Bi N.

Rencana ini juga terpakai segala hukumnya untuk para pekerja dari Persatuan Pekerja-pekerja Pi R. Anda juga perlu mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Bos anda, kerana gaji anda juga dibayar oleh kami. Bezanya, anda baru bermula, dan jalan anda belum benar-benar jelas lagi, maka para Bos belum lagi perlu memecat anda. Setelah dilantik oleh Bos, para pekerja Pi R perlu menjaga lima bahagian (Department) yang diberikan iaitu Deparment Selangor, Department Kedah, Department Kelantan, Department Perak dan Department Pulau Pinang. Sifat pekerja Pi R dilihat lebih ke arah matlamat yang ditetapkan oleh Bos seperti pemberian air percuma dan pengimbangan pembangunan fizikal dan pembangunan insan, bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja.

Apa-apapun, jika kita lihat prestasi mana-mana pekerja tidak memuaskan, jangan bazirkan duit kita membayar gaji mereka. Kita buang saja mereka, tidak kita pekerja di Central Department (Bahagian Pusat) ataupun dari State Department (Bahagian Negeri). Kita adalah bos mereka, dan mereka sebenarnya adalah pekerja kita.

Kalau anda tidak menerima idea ini, cuba tanya pada PM, TPM dan Menteri, apakah mereka sanggup bekerja dengan gaji serendah RM3000 sebulan dan dengan elaun paling minimum. Pastinya tidak. Jika mereka sanggup, itu barulah dikatakan berkhidmat. Tapi, saya pasti sebahagian besar (pasti hampir 80%) tidak sanggup kerana mereka bekerja. Bekerja untuk mendapat wang yang banyak. Saya tidak meminta mereka untuk berkhidmat secara percuma. Cuma, apabila telah menerima gaji, maka buatlah kerja seperti yang disuruh, jangan buat sesuka hati kamu saja!!

Selaku bos, anda tentukanlah sendiri. Adakah anda ingin terus menggaji mereka atau anda ingin memecat mereka.

Ingatlah, kita perlu mengubah mentaliti kita. Jika mentaliti kita betul, jika kita memahami bahawa kita adalah Bos, dan PM, TPM dan para Menteri adalah pekerja kita, kita tidak akan dengan mudah menerima segala alasan dangkal yang mereka berikan bagi menutup segala masalah yang berlaku. Kita akan berani bertindak kerana kita adalah Bos.

Kerana kita adalah Bos.
Kerana kita adalah Bos.
Kerana kita adalah Bos.
Kerana kita adalah Bos.
Kerana kita adalah Bos.

Tuesday, July 15, 2008

Pertumbuhan vs Pembangunan

Assalamualaikum..

Melihat suasana politik dan sosial semasa, keadaan amat tidak menentu. Beberapa "pihak" cuba untuk mengawal keadaan, menguasai keadaan. Hasilnya, negara berada dalam keadaan yang sedikit tidak menentu. Apapun, kita sama-samalah berdoa kepada ALLAH untuk menyelamatkan negara kita daripada kebinasaan. hanya ALLAH yang mengetahui tangan-tangan manakah yang benar2 akan menghancurkan Malaysia.

Berbincang tentang kemajuan sesebuah negara, kita perlu memahami bahawa ada dua konsep utama dalam aspek ini, iaitu
1- Pertumbuhan (Growth)
2- Pembangunan (Development)

Tujuan pembezaan dua perkara ini bagi melihat apakah realiti sebenar pembangunan dan apakah kita telah membangun.

Pertumbuhan secara ringkasnya adalah kenaikan KDNK (GDP) atau kenaikan produksi dalam negara sementara Pembangunan adalah perubahan yang berlaku kepada manusia secara langsung.

Malaysia (kerajaan Malysia) selalu melaung-laungkan bahawa kita selalu mencapai pertumbuhan 3, 4, 5, 6 peratus setahun. Kita berada dalam jajaran pertumbuhan seimbang dan mapan, kata para Menteri. Namun, mengapa terdapat lebih setengah juta penganggur? Mengapa ramai rakyat yang hidup susah di tengah2 kekayaan kota? Mengapa pendapatan per kapita kita masih rendah? Mengapa susah nak dapat kerja? Mengapa harga barang2 keperluan meningkat? Adakah ini pertumbuhan yang membanggakan kita? Adakah ini pertumbuhan yang diharapkan?

Untuk meningkatkan peratusan pertumbuhan negara, kita hanya perlu meningkatkan pengeluaran dalam negara (GDP). Sifirnya mudah, jika pengeluaran meningkat, GDP meningkat, pertumbuhan meningkat. Kononnya, rakyat akan "menikmati" kesenangan akibat pertumbuhan itu. bagaimana caranya untuk meningkatkan pertumbuhan? caranya, guna pakai teknologi terbaru. Guna mesin terbaru yang boleh menggantikan tenaga ramai pekerja. Kerja jadi cepat, kos rendah, pengeluaran meningkat. Wujudlah pertumbuhan.

Namun, realiti hidup tidak semudah sifir pertumbuhan sebentar tadi. Memang Malaysia meletakkan peratus pertumbuhan negara sebagai matlamat. Sebagai contoh, Malaysia ingin memacu pertumbuhan sebanyak lebih kurang 6% pada tahun ini. Jadi, syarikat2 mula menggunakan mesin2 baru. sebahagian pekerja2 kilang dibuang kerja kerana mesin telah menggantikan mereka. Mereka berada dalam kesusahan. Adakah ini pembangunan yang kita inginkan?

Terdapat beberapa jenis pertumbuhan, antaranya "Jobless Growth". Ia bermaksud, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, ekonomi dapat dipacu maju, namun peluang pekerjaan kurang, ramai yang diberhentikan dan sebagainya. Adakah pertumbuhan ini bermakna?

Bagaimanakah ingin mencapai pertumbuhan yang seimbang? Caranya, minda (mind-set) kita perlu diubah dahulu. Kita perlu melihat Manusia sebagai tuan punya pertumbuhan, bukan sebaliknya. Kini, manusia dijadikan hamba kepada pertumbuhan dan pembangunan. Masakan tidak, terlalu ramai pekerja yang mendapat gaji serendah RM 600 sebulan untuk kerja 12 jam di restoran.! Bukankah ini memperhambakan manusia untuk tujuan pembangunan. Jika benar kita ada pertumbuhan, maka pastikan rakyat mendapat kesenangan. agihkan kemewahan pertumbuhan kepada rakyat. Mana gaji minima??

Jika kita melihat manusia sebagai asas dan teras kepada pertumbuhan dan pembangunan, maka kebajikan insanlah keutamaan kita. Biarlah mesin bukan teknologi terbaru, tapi "manusia" masih ada pekerjaan. Biarlah tiada bangunan tinggi, tapi kadar inflasi rendah.

Mengambil contoh di US, sebagai negara kaya dan kuasa besar, di kalangan 300 juta penduduknya, terdapat 30 juta rakyatnya yang kelaparan (starving)! Adakah ini contoh pembnagunan yang kita kehendaki? Pembangunan yang melupakan manusia sebagai asasnya, sebaliknya memperhambakan manusia.

Mungkin kita boleh mencari formula, bagaimanakah pembangunan yang benar2 meletakkan manusia sebagai "Ahsani Taqwim" dapat direalisasikan. Ikuti kupasan seterusnya minggu depan. seterusnya kupasan tentang "Ekonomi Islam Perlu Bermula dari Kosong, tidak boleh melalui Islamization Ekonomi Konvensional".

Saturday, July 5, 2008

Jom berKelana ahad ni..

Assalamualaikum..
Jangan lupa, ahad ni kita sama-sama berkelana ke Kelana Jaya ya, untuk sambutan kenaikan harga Minyak yang meriangkan..
macam2 ada..
Saya menyeru semua untuk datang, dan bagitau semua, tempat kat Kelana jaya, bukan Petaling Jaya.

Jumpa di sanaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, June 23, 2008

Hebatnya nama PAKATAN..

Assalamualaikum.
Terus mengutarakan isu politik, kali ini tentang "wording" PAKATAN. Perkataan PAKATAN mula diglamourkan setelah Barisan Alternatif menukar nama kepada Pakatan Rakyat, dengan singkatan sebutan "PAKATAN". Setelah itu, kesemua kerajaan Pakatan mendapat perhatian meluas daripada rakyat jelata.

Justeru, baru-baru ini, media arus perdana sering menyebutkan Kerajaan BN sebagai Pakatan Kerajaan. Aik, peliknya. Dulu, pembangkang yang menggunakan nama Barisan (dalam Barisan Alternatif), kini kerajaan yang kononnya masih kuat meniru perkataan Pakatan yang digunakan Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini taktik untuk mengelirukan rakyat, atau taktik meraih lebih sokongan atau taktik terdesak dan tersedak BN.

Biarlah apapun, yang penting ini menunjukkan BN semakin tidak popular dan perlu menumpang populariti PR yang semakin hebat di mata rakyat. Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada semua penggerak dan penyokong PR untuk terus maju ke hadapan. ALLAHUAKBAR!!