Assalamualaikum..
Selama beberapa hari lepas, saya telah pulang ke kampung di Pahang, so memang susah nak dapat access internet.
Di sebelah kedai saya, tauke tersebut amat pemurah. Rutin hariannya adalah memberi kucing di sekitar taman melati makan setiap pagi (sekitar 6.30pg) sebelum memulakan perniagaannya. Apa yang diberikan kepada kucing2 kat sini?? Dia bagi kucing2 tu makan Frieskies, ala, macam Pizza dan KFC untuk manusia la.
Setiap bulan, dia akan membelanjakan lebih kuran RM800 untuk makanan kucing sahaja. Yang lebih mengharukan, dia juga amat pemurah di kalangan manusia. Dia pernah dan selalu memberi beratus-ratus ringgit kepada kawan2 yang memerlukan, tanpa diminta dan tanpa meminta semula wang tersebut.
Semoga kita dapat ikut sikit2 perangai baik dia ni.
Saya ada menjual laptop dengan potongan 30%-40%. Sape2 yang berminat boleh hubungi saya. pasaran laptop ni hanya untuk Muslim, terutamanya students. WALLAHU A'LAM.
Wednesday, April 23, 2008
Wednesday, April 16, 2008
Kahwin awal
Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Semoga sihat, baik hati dan banyak menolong orang lain. Sewaktu berniaga pagi semalam, saya sempat berborak dengan pelanggan di kedai sebelah.
Dia bertanya kepada saya ”Dik, kau anak dah sorang, tapi muda lagi ye, kau umur berapa sekarang?”. Lantas saya menjawab umur saya baru 23 tahun. Dia tersenyum, lalu terus menyambung ”bagusla kawin awal. Abang dulu pun kawin awal jugak. Kakak kau (isteri dia la) masa tu 16 tahun, abang 18 tahun. Sekarang anak semua dah kerja, senang”. Saya terus bertanya tentang umurnya. Dia menerangkan ”abang baru 48”. Umur dia baru 48 tahun, tapi keempat-empat anaknya sudah bekerja dan kini hidupnya senang, tidak perlu lagi menanggung anak-anaknya.
Dia bertanya kepada saya ”Dik, kau anak dah sorang, tapi muda lagi ye, kau umur berapa sekarang?”. Lantas saya menjawab umur saya baru 23 tahun. Dia tersenyum, lalu terus menyambung ”bagusla kawin awal. Abang dulu pun kawin awal jugak. Kakak kau (isteri dia la) masa tu 16 tahun, abang 18 tahun. Sekarang anak semua dah kerja, senang”. Saya terus bertanya tentang umurnya. Dia menerangkan ”abang baru 48”. Umur dia baru 48 tahun, tapi keempat-empat anaknya sudah bekerja dan kini hidupnya senang, tidak perlu lagi menanggung anak-anaknya.
Setelah berdiskusi beberapa ketika, saya dapat menyimpulkan pendapat abang tersebut seperti berikut;
1- Abang itu bercakap berdasarkan pengalamannya berkahwin awal.
2- Masa muda kita kuat, boleh buat kerja banyak2 dan tanggung anak-anak. Kalau dah tua, tapi masih mempunyai anak yang perlu ditanggung, memang penat dan susah.
3- Masa muda kita mampu untuk mendapat lebih anak. Kalau kahwin lewat, kemungkinan untuk mendapat banyak anak adalah kecil. (Memang anak hak kurniaan ALLAH, tapi kita bincang tentang SunnatuLLAH-ketetapan ALLAH bagi pada adat kehidupan manusia).
Abang ni adalah sebahagian daripada banyak orang yang telah memberikan testimoni positif mereka tentang kahwin awal. Mungkin bagi penuntut universiti, perkara ini jarang berlaku. Tetapi bagi sebahagian daripada masyarakat, kahwin awal adalah perkara biasa.
Seorang lagi kawan saya, bekerja sebagai Boss@ CEO @ Tauke @ tuan punya @ peniaga di sebuah kedai di Pasar Borong Selayang. Umurnya sama dengan saya iaitu 23 tahun. Setahun lepas (ketika berumur 22 tahun), dia telah menjemput saya ke kenduri kahwinnya di Pahang. Lihat, dia mampu mendirikan rumah tangga seawal usia 22 tahun!! Hebatkan?
Hakikatnya, kahwin awal menarik dan menyeronokkan. ”Burning Desire” yang membakar dapat ”dikurangkan”. Sesetengah daripada kita memberikan terlalu banyak alasan untuk kahwin awal. Bercinta sudah mencecah 2 tahun, tapi matlamat untuk berkahwin tak jelas lagi. Adakah semua alasan yang diberikan itu benar2 wujud? Tidak adakah jalan penyelesaiannya? Sudah habiskah ikhtiar kita? Atau hanya kita yang mereka-reka dan mencipta masalah.
Jika kita kata keluarga mungkin tidak setuju, pernahkah kita berbincang hal ini dengan mereka? Berbincang secara serius, siap dengan perancangan dan calon isteri?
Jika kita kata kewangan sebagai masalah, pernahkah kita cuba untuk menambah pendapatan? Mula bekerja?
Jika kita takut akan susah selepas berkahwin, adakah kita berdoa kepada ALLAH minta dipermudahkan? Minta diberikan petunjuk dan kesenangan?
Saya yakin dan percaya semua kita boleh berfikir dengan baik dan matang. Letakkan keyakinan kepada ALLAH sebagai teras pertimbangan. Ana yakin dengan anta! Amacam, dah cukup terbina??
Memikirkan Fitna
Assalamualaikum…
Beberapa hari lepas saya berpeluang menonton filem pendek Fitna. Filem ini telah mencetuskan kontroversi dan bantahan umat Islam seluruh dunia. Saya amat menghargai kasih sayang umat Islam terbabit hingga sanggup berjuang. Namun, tiba2 saya terfikirkan sesuatu;
1- kenapa kita suka membesar-besarkan isu ini. Jika kita tidak melakukan demonstrasi, bantahan jalanan etc, pastinya isu ini tidak diketahui dan dalam masa yang singkat akan lenyap. Pastinya penonton Fitna pun tak akan ramai. Sedihnya, apabila kita membesar-besarkan isu ini, pasti lebih ramai orang yang menonton dan terpengaruh. Imej Islam sebagai agama keganasan turut bertambah kukuh! Tindakan kita ini seolah-olah membenarkan apa yang ditayangkan dalam Fitna!! Adakah ini yang kita mahu??
2- Mengapa begitu kurang serangan balas dari sudut intelek dan penghasilan filem yang menonjolkan kebaikan Islam?? Berapa ramai dari mereka yang pergi demonstrasi telah menghasilkan filem mereka sendiri??
Saya faham, pasti sebahagian kita menentang idea ini (terutama idea 1) kerana ia seperti memperlekehkan usaha pihak2 tertentu ( dan sebahagian kita telah pun ”menganut” ideologi sesuatu pihak, sehingga sanggup mengatakan ”ya” kepada semua agendanya dan mengatakan ”tidak” pada perkara2 yang berlainan dari agenda pihaknya). Jika difikirkan dengan teliti, adakah bantahan besar-besaran yang kita buat di jalanan itu benar-benar berjaya?? Apakah kartunis German sebelum ini pernah meminta maaf? Cukupkah sekadar maaf? Apakah Geerts Wilder telah meminta maaf?? Berapakah orang Islam yang mati akibat demonstrasi ini? Sila jawab dalam hati masing2.
Saya turut kagum dengan tindakan Pasaraya Mydin (yang dulunya saya pernah supply bahulu) dan beberapa pasaraya yang terlibat dalam memboikot barangan Belanda. Ini suatu tindakan yang amat bijak dan sesuai. Namun, tidak ramai yang benar2 menyokong boikot ini. Malah, sebahagian daripada mereka yang menyertai demonstrasi tadi turut terus membeli barangan Belanda!! Kuasa membeli adalah suatu kuasa yang besar. Negara yang tidak dapat mempertahankan kekuatan ekonominya akan goyah dan akhirnya jatuh merudum.
Jika kita mempraktikkan ”thinking-out-of-the-box”, pasti kita akan mendapat beberapa lagi penyelesaian untuk isu ini.
Apa2 pun, orang yang pergi demonstrasi jauh lebih baik daripada mereka yang hanya duduk diam membisu seribu bahasa. Pasti ganjaran akan diberikan oleh ALLAH menurut niat masing2. Saya tidak menentang demonstrasi, cuma ingin mencari cara yang lebih baik.
WALLAHU A’LAM.
p/s: Saya sedang cuba menyiapkan video keamanan Islam. sesiapa yang ada bahan2, boleh bagi pada saya melalui msnra2@yahoo.com. Terima kasih.
Monday, April 14, 2008
minda INITIATOR
Assalamualaikum..
Sebagai permulaan, saya teringin sangat nak introduce satu idea yang saya rasakan sangat menarik iaitu INITIATOR MIND.
Kelemahan merupakan satu kesedihan. Lemah bermaksud tak kuat dan subject to oppression. Jadi, suatu nilai kekuatan diperlukan oleh setiap individu untuk terus hidup dengan mulia dan dapat menjadikan orang lain juga sama2 mulia sepertinya.
Nilai kekuatan yang saya aksudkan mestilah datang dari minda yang segar dan berani. Minda yang responsive dan aggresive. Minda yang mampu mencipta dan memecahkan halangan. Saya namakannya Minda INITIATOR!!
INITIATOR secara mudahnya bermaksud orang yang memulakan sesuatu, mencipta sesuatu dan menghasilkan sesuatu. Kita mahu menjadi pencetus, bukan sekadar pengikut. Minda FOLLOWER sepatutnya dibuang jauh2 dan seraplah minda initiator. Bagaimana untuk menjadi initiator?? Susah ke?? Is it possible??
Menurut kajian saya, minda INITIATOR boleh diwujudkan dalam keadaan berikut;
1- Dalam keadaan terpaksa.
2- Dengan kehendak yang kuat (very strong will)
Ibarat cahaya fajar yang baru menyinsing ketika permulaan pagi, satu kekuatan juga akan terpancar dari sebuah kesusahan. Keadaan terpaksa akan memberi satu kuasa kepada manusia untuk menjadi lebih kuat, lebih berkuasa dan lebih berani. Seterusnya, seluruh kekuatan ini akan membentuk seorang INITIATOR. Proses pembentukan secara "semulajadi" ini tidak diberikan kepada semua manusia. Hanya "the choosen one" sahaja yang akan melalui proses ini. HAMAS di Palestin adalah contoh terbaik. Akibat tekanan yang terlalu kuat dari Yahudi, HAMAS telah berjaya membentuk organisasi yang diisi dengan INITIATORS yang akhirnya membawa kepada kemenangan dalam pilihanraya Palestin. Sememangnya HAMAS telah berusaha kuat untuk mentarbiyah dan melahirkan ahli yang berminda INITIATOR. Keadaan "terpaksa" dan kesusahan di Palestin pula merupakan booster dan pemangkin kepada pembentukan jiwa INITIATOR dengan lebih cepat dan mengagumkan.
Cara kedua untuk menjadi INITIATOR adalah dengan "very very strong will". Hanya dengan kehendak dan usaha yang amat kuat sahaja mampu membentuk jiwa dan minda INITIATOR. Ibarat jalan yang panjang dan penghujung yang jauh, usaha ang berterusan diperlukan untuk membentuk jiwa INITIATOR. Mengharapkan keajaiban semulajadi untuk menjadi hebat adalah amat silap. Kehebatan perlu dibentuk dan dibina. Jiwa initiator mesti dibina, dididik dari awal lagi. Bagaimaana untuk mempunyai minda yang sentiasa mencadang, memulakan sesuatu dan berani berubah?? saya telah mengamalkan beberapa perkara mudah berikut untuk memiliki minda Impressive ini, iaitu;
1- banyak membaca buku2 motivasi;
2- Membaca buku2 berkaitan pemikiran dan idea seseorang,
3- membaca tentang pengalaman2 orang2 berjaya dan gagal, seperti autobiografi jutawan, ilmuwan dan "wan-wan" yang lain..
4- melatih teknik berfikir "out-of-the-box";
5- berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan orang2 yang mempunyai critical thinking;
Sebenarnya, terlalu banyak lagi cara2 untuk memiliki minda initiator. Apa2 sahaja yang boleh melatih minda anda untuk menjadi pencetus kepada sesuatu perubahan mampu untuk menjadikan anda lebih berjaya.
Apa2 pun, setiap perbuatan dan pemikiran kita wajiblah didasarkan kepada tunjang al-Quran dan sunnah. Segala apa yang bertentangan dengan keduanya dikira silap, salah dan terpesong. Semoga kita berjaya keluar dari minda follower dan memiliki minda INITIATOR. Dan sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Salam permulaan..
Assalamaualiakum dan salam sejahtera..
ALHAMDULILLAH hari ni saya dapat mewujudkan satu lagi blog selepas percubaan yang dulu. Saya mewujudkan blog ni dgn tujuan untuk kongsi dengan semua ttg idea dan pendapat saya. sebarang komen dialu-alukan dan dihargai. semoga semua kita mendapat manfaat dari blog saya. Nabi bersabda bermaksud "Perumpamaan umatku seperti hujan, tidak diketahui sama ada yang awalnya atau yang akhirnya yang baik"- Riwayat Tirmizi. Semua kita adalah sama, tak kira yang baru atau yang lama, kaya atau miskin, pandai atau tidak. Lastly, be INITIATOR, not follower!!
ALHAMDULILLAH hari ni saya dapat mewujudkan satu lagi blog selepas percubaan yang dulu. Saya mewujudkan blog ni dgn tujuan untuk kongsi dengan semua ttg idea dan pendapat saya. sebarang komen dialu-alukan dan dihargai. semoga semua kita mendapat manfaat dari blog saya. Nabi bersabda bermaksud "Perumpamaan umatku seperti hujan, tidak diketahui sama ada yang awalnya atau yang akhirnya yang baik"- Riwayat Tirmizi. Semua kita adalah sama, tak kira yang baru atau yang lama, kaya atau miskin, pandai atau tidak. Lastly, be INITIATOR, not follower!!
Subscribe to:
Posts (Atom)