Assalamualaikum…
Beberapa hari lepas saya berpeluang menonton filem pendek Fitna. Filem ini telah mencetuskan kontroversi dan bantahan umat Islam seluruh dunia. Saya amat menghargai kasih sayang umat Islam terbabit hingga sanggup berjuang. Namun, tiba2 saya terfikirkan sesuatu;
1- kenapa kita suka membesar-besarkan isu ini. Jika kita tidak melakukan demonstrasi, bantahan jalanan etc, pastinya isu ini tidak diketahui dan dalam masa yang singkat akan lenyap. Pastinya penonton Fitna pun tak akan ramai. Sedihnya, apabila kita membesar-besarkan isu ini, pasti lebih ramai orang yang menonton dan terpengaruh. Imej Islam sebagai agama keganasan turut bertambah kukuh! Tindakan kita ini seolah-olah membenarkan apa yang ditayangkan dalam Fitna!! Adakah ini yang kita mahu??
2- Mengapa begitu kurang serangan balas dari sudut intelek dan penghasilan filem yang menonjolkan kebaikan Islam?? Berapa ramai dari mereka yang pergi demonstrasi telah menghasilkan filem mereka sendiri??
Saya faham, pasti sebahagian kita menentang idea ini (terutama idea 1) kerana ia seperti memperlekehkan usaha pihak2 tertentu ( dan sebahagian kita telah pun ”menganut” ideologi sesuatu pihak, sehingga sanggup mengatakan ”ya” kepada semua agendanya dan mengatakan ”tidak” pada perkara2 yang berlainan dari agenda pihaknya). Jika difikirkan dengan teliti, adakah bantahan besar-besaran yang kita buat di jalanan itu benar-benar berjaya?? Apakah kartunis German sebelum ini pernah meminta maaf? Cukupkah sekadar maaf? Apakah Geerts Wilder telah meminta maaf?? Berapakah orang Islam yang mati akibat demonstrasi ini? Sila jawab dalam hati masing2.
Saya turut kagum dengan tindakan Pasaraya Mydin (yang dulunya saya pernah supply bahulu) dan beberapa pasaraya yang terlibat dalam memboikot barangan Belanda. Ini suatu tindakan yang amat bijak dan sesuai. Namun, tidak ramai yang benar2 menyokong boikot ini. Malah, sebahagian daripada mereka yang menyertai demonstrasi tadi turut terus membeli barangan Belanda!! Kuasa membeli adalah suatu kuasa yang besar. Negara yang tidak dapat mempertahankan kekuatan ekonominya akan goyah dan akhirnya jatuh merudum.
Jika kita mempraktikkan ”thinking-out-of-the-box”, pasti kita akan mendapat beberapa lagi penyelesaian untuk isu ini.
Apa2 pun, orang yang pergi demonstrasi jauh lebih baik daripada mereka yang hanya duduk diam membisu seribu bahasa. Pasti ganjaran akan diberikan oleh ALLAH menurut niat masing2. Saya tidak menentang demonstrasi, cuma ingin mencari cara yang lebih baik.
WALLAHU A’LAM.
p/s: Saya sedang cuba menyiapkan video keamanan Islam. sesiapa yang ada bahan2, boleh bagi pada saya melalui msnra2@yahoo.com. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment