Monday, April 14, 2008

minda INITIATOR

Assalamualaikum..
Sebagai permulaan, saya teringin sangat nak introduce satu idea yang saya rasakan sangat menarik iaitu INITIATOR MIND.
Kelemahan merupakan satu kesedihan. Lemah bermaksud tak kuat dan subject to oppression. Jadi, suatu nilai kekuatan diperlukan oleh setiap individu untuk terus hidup dengan mulia dan dapat menjadikan orang lain juga sama2 mulia sepertinya.


Nilai kekuatan yang saya aksudkan mestilah datang dari minda yang segar dan berani. Minda yang responsive dan aggresive. Minda yang mampu mencipta dan memecahkan halangan. Saya namakannya Minda INITIATOR!!



INITIATOR secara mudahnya bermaksud orang yang memulakan sesuatu, mencipta sesuatu dan menghasilkan sesuatu. Kita mahu menjadi pencetus, bukan sekadar pengikut. Minda FOLLOWER sepatutnya dibuang jauh2 dan seraplah minda initiator. Bagaimana untuk menjadi initiator?? Susah ke?? Is it possible??

Menurut kajian saya, minda INITIATOR boleh diwujudkan dalam keadaan berikut;


1- Dalam keadaan terpaksa.

2- Dengan kehendak yang kuat (very strong will)



Ibarat cahaya fajar yang baru menyinsing ketika permulaan pagi, satu kekuatan juga akan terpancar dari sebuah kesusahan. Keadaan terpaksa akan memberi satu kuasa kepada manusia untuk menjadi lebih kuat, lebih berkuasa dan lebih berani. Seterusnya, seluruh kekuatan ini akan membentuk seorang INITIATOR. Proses pembentukan secara "semulajadi" ini tidak diberikan kepada semua manusia. Hanya "the choosen one" sahaja yang akan melalui proses ini. HAMAS di Palestin adalah contoh terbaik. Akibat tekanan yang terlalu kuat dari Yahudi, HAMAS telah berjaya membentuk organisasi yang diisi dengan INITIATORS yang akhirnya membawa kepada kemenangan dalam pilihanraya Palestin. Sememangnya HAMAS telah berusaha kuat untuk mentarbiyah dan melahirkan ahli yang berminda INITIATOR. Keadaan "terpaksa" dan kesusahan di Palestin pula merupakan booster dan pemangkin kepada pembentukan jiwa INITIATOR dengan lebih cepat dan mengagumkan.


Cara kedua untuk menjadi INITIATOR adalah dengan "very very strong will". Hanya dengan kehendak dan usaha yang amat kuat sahaja mampu membentuk jiwa dan minda INITIATOR. Ibarat jalan yang panjang dan penghujung yang jauh, usaha ang berterusan diperlukan untuk membentuk jiwa INITIATOR. Mengharapkan keajaiban semulajadi untuk menjadi hebat adalah amat silap. Kehebatan perlu dibentuk dan dibina. Jiwa initiator mesti dibina, dididik dari awal lagi. Bagaimaana untuk mempunyai minda yang sentiasa mencadang, memulakan sesuatu dan berani berubah?? saya telah mengamalkan beberapa perkara mudah berikut untuk memiliki minda Impressive ini, iaitu;
1- banyak membaca buku2 motivasi;
2- Membaca buku2 berkaitan pemikiran dan idea seseorang,
3- membaca tentang pengalaman2 orang2 berjaya dan gagal, seperti autobiografi jutawan, ilmuwan dan "wan-wan" yang lain..
4- melatih teknik berfikir "out-of-the-box";
5- berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan orang2 yang mempunyai critical thinking;
Sebenarnya, terlalu banyak lagi cara2 untuk memiliki minda initiator. Apa2 sahaja yang boleh melatih minda anda untuk menjadi pencetus kepada sesuatu perubahan mampu untuk menjadikan anda lebih berjaya.
Apa2 pun, setiap perbuatan dan pemikiran kita wajiblah didasarkan kepada tunjang al-Quran dan sunnah. Segala apa yang bertentangan dengan keduanya dikira silap, salah dan terpesong. Semoga kita berjaya keluar dari minda follower dan memiliki minda INITIATOR. Dan sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

2 comments:

syauqah-el-wardah said...

Saya suka sangat dengan entry abgshah yang ni.. hmm minda INITIATOR.. minda yang belum dapat saya bina dalam minda saya... Tertekan juga bila tidak punya minda INITIATOR ni. tersangkut dan terbantut kerja bila jadi AJK program yang perlukan Modul-modul ad hoc.

hmm banyak kena develop ni..
Abgshah, nak bg idea untuk awak tulis buku tentang MINDA INITIATOR ni.. pasti saya antara pembeli terawal buku tersebut! Insya-Allah kalau terbit suatu hari nanti.

abgSHAH said...

Tq miss Syauqah. InsyaALLAH saya tulis artikel je la, kalau dah siap kita kongsi sama2 la..