Wednesday, April 16, 2008

Kahwin awal

Assalamualaikum..


Apa khabar semua? Semoga sihat, baik hati dan banyak menolong orang lain. Sewaktu berniaga pagi semalam, saya sempat berborak dengan pelanggan di kedai sebelah.

Dia bertanya kepada saya ”Dik, kau anak dah sorang, tapi muda lagi ye, kau umur berapa sekarang?”. Lantas saya menjawab umur saya baru 23 tahun. Dia tersenyum, lalu terus menyambung ”bagusla kawin awal. Abang dulu pun kawin awal jugak. Kakak kau (isteri dia la) masa tu 16 tahun, abang 18 tahun. Sekarang anak semua dah kerja, senang”. Saya terus bertanya tentang umurnya. Dia menerangkan ”abang baru 48”. Umur dia baru 48 tahun, tapi keempat-empat anaknya sudah bekerja dan kini hidupnya senang, tidak perlu lagi menanggung anak-anaknya.


Setelah berdiskusi beberapa ketika, saya dapat menyimpulkan pendapat abang tersebut seperti berikut;
1- Abang itu bercakap berdasarkan pengalamannya berkahwin awal.
2- Masa muda kita kuat, boleh buat kerja banyak2 dan tanggung anak-anak. Kalau dah tua, tapi masih mempunyai anak yang perlu ditanggung, memang penat dan susah.
3- Masa muda kita mampu untuk mendapat lebih anak. Kalau kahwin lewat, kemungkinan untuk mendapat banyak anak adalah kecil. (Memang anak hak kurniaan ALLAH, tapi kita bincang tentang SunnatuLLAH-ketetapan ALLAH bagi pada adat kehidupan manusia).

Abang ni adalah sebahagian daripada banyak orang yang telah memberikan testimoni positif mereka tentang kahwin awal. Mungkin bagi penuntut universiti, perkara ini jarang berlaku. Tetapi bagi sebahagian daripada masyarakat, kahwin awal adalah perkara biasa.

Seorang lagi kawan saya, bekerja sebagai Boss@ CEO @ Tauke @ tuan punya @ peniaga di sebuah kedai di Pasar Borong Selayang. Umurnya sama dengan saya iaitu 23 tahun. Setahun lepas (ketika berumur 22 tahun), dia telah menjemput saya ke kenduri kahwinnya di Pahang. Lihat, dia mampu mendirikan rumah tangga seawal usia 22 tahun!! Hebatkan?


Hakikatnya, kahwin awal menarik dan menyeronokkan. ”Burning Desire” yang membakar dapat ”dikurangkan”. Sesetengah daripada kita memberikan terlalu banyak alasan untuk kahwin awal. Bercinta sudah mencecah 2 tahun, tapi matlamat untuk berkahwin tak jelas lagi. Adakah semua alasan yang diberikan itu benar2 wujud? Tidak adakah jalan penyelesaiannya? Sudah habiskah ikhtiar kita? Atau hanya kita yang mereka-reka dan mencipta masalah.

Jika kita kata keluarga mungkin tidak setuju, pernahkah kita berbincang hal ini dengan mereka? Berbincang secara serius, siap dengan perancangan dan calon isteri?

Jika kita kata kewangan sebagai masalah, pernahkah kita cuba untuk menambah pendapatan? Mula bekerja?

Jika kita takut akan susah selepas berkahwin, adakah kita berdoa kepada ALLAH minta dipermudahkan? Minta diberikan petunjuk dan kesenangan?

Saya yakin dan percaya semua kita boleh berfikir dengan baik dan matang. Letakkan keyakinan kepada ALLAH sebagai teras pertimbangan. Ana yakin dengan anta! Amacam, dah cukup terbina??

2 comments:

farah yang kebiasaan said...
This comment has been removed by the author.
syauqah-el-wardah said...

Kahwin awal...?

hmm...

speechless pula..

no idea..