Tuesday, July 15, 2008

Pertumbuhan vs Pembangunan

Assalamualaikum..

Melihat suasana politik dan sosial semasa, keadaan amat tidak menentu. Beberapa "pihak" cuba untuk mengawal keadaan, menguasai keadaan. Hasilnya, negara berada dalam keadaan yang sedikit tidak menentu. Apapun, kita sama-samalah berdoa kepada ALLAH untuk menyelamatkan negara kita daripada kebinasaan. hanya ALLAH yang mengetahui tangan-tangan manakah yang benar2 akan menghancurkan Malaysia.

Berbincang tentang kemajuan sesebuah negara, kita perlu memahami bahawa ada dua konsep utama dalam aspek ini, iaitu
1- Pertumbuhan (Growth)
2- Pembangunan (Development)

Tujuan pembezaan dua perkara ini bagi melihat apakah realiti sebenar pembangunan dan apakah kita telah membangun.

Pertumbuhan secara ringkasnya adalah kenaikan KDNK (GDP) atau kenaikan produksi dalam negara sementara Pembangunan adalah perubahan yang berlaku kepada manusia secara langsung.

Malaysia (kerajaan Malysia) selalu melaung-laungkan bahawa kita selalu mencapai pertumbuhan 3, 4, 5, 6 peratus setahun. Kita berada dalam jajaran pertumbuhan seimbang dan mapan, kata para Menteri. Namun, mengapa terdapat lebih setengah juta penganggur? Mengapa ramai rakyat yang hidup susah di tengah2 kekayaan kota? Mengapa pendapatan per kapita kita masih rendah? Mengapa susah nak dapat kerja? Mengapa harga barang2 keperluan meningkat? Adakah ini pertumbuhan yang membanggakan kita? Adakah ini pertumbuhan yang diharapkan?

Untuk meningkatkan peratusan pertumbuhan negara, kita hanya perlu meningkatkan pengeluaran dalam negara (GDP). Sifirnya mudah, jika pengeluaran meningkat, GDP meningkat, pertumbuhan meningkat. Kononnya, rakyat akan "menikmati" kesenangan akibat pertumbuhan itu. bagaimana caranya untuk meningkatkan pertumbuhan? caranya, guna pakai teknologi terbaru. Guna mesin terbaru yang boleh menggantikan tenaga ramai pekerja. Kerja jadi cepat, kos rendah, pengeluaran meningkat. Wujudlah pertumbuhan.

Namun, realiti hidup tidak semudah sifir pertumbuhan sebentar tadi. Memang Malaysia meletakkan peratus pertumbuhan negara sebagai matlamat. Sebagai contoh, Malaysia ingin memacu pertumbuhan sebanyak lebih kurang 6% pada tahun ini. Jadi, syarikat2 mula menggunakan mesin2 baru. sebahagian pekerja2 kilang dibuang kerja kerana mesin telah menggantikan mereka. Mereka berada dalam kesusahan. Adakah ini pembangunan yang kita inginkan?

Terdapat beberapa jenis pertumbuhan, antaranya "Jobless Growth". Ia bermaksud, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, ekonomi dapat dipacu maju, namun peluang pekerjaan kurang, ramai yang diberhentikan dan sebagainya. Adakah pertumbuhan ini bermakna?

Bagaimanakah ingin mencapai pertumbuhan yang seimbang? Caranya, minda (mind-set) kita perlu diubah dahulu. Kita perlu melihat Manusia sebagai tuan punya pertumbuhan, bukan sebaliknya. Kini, manusia dijadikan hamba kepada pertumbuhan dan pembangunan. Masakan tidak, terlalu ramai pekerja yang mendapat gaji serendah RM 600 sebulan untuk kerja 12 jam di restoran.! Bukankah ini memperhambakan manusia untuk tujuan pembangunan. Jika benar kita ada pertumbuhan, maka pastikan rakyat mendapat kesenangan. agihkan kemewahan pertumbuhan kepada rakyat. Mana gaji minima??

Jika kita melihat manusia sebagai asas dan teras kepada pertumbuhan dan pembangunan, maka kebajikan insanlah keutamaan kita. Biarlah mesin bukan teknologi terbaru, tapi "manusia" masih ada pekerjaan. Biarlah tiada bangunan tinggi, tapi kadar inflasi rendah.

Mengambil contoh di US, sebagai negara kaya dan kuasa besar, di kalangan 300 juta penduduknya, terdapat 30 juta rakyatnya yang kelaparan (starving)! Adakah ini contoh pembnagunan yang kita kehendaki? Pembangunan yang melupakan manusia sebagai asasnya, sebaliknya memperhambakan manusia.

Mungkin kita boleh mencari formula, bagaimanakah pembangunan yang benar2 meletakkan manusia sebagai "Ahsani Taqwim" dapat direalisasikan. Ikuti kupasan seterusnya minggu depan. seterusnya kupasan tentang "Ekonomi Islam Perlu Bermula dari Kosong, tidak boleh melalui Islamization Ekonomi Konvensional".

No comments: