Monday, May 5, 2008

Apabila Tuan Guru Nik Aziz bersuara..

Assalamualaikum wbt..


Dah agak lama saya tak menulis, maklumla ALLAH telah menyayangi saya (insyaALLAH) dengan memberi demam yang amat mendekatkan saya denganNYA.


Baru-baru ini, saya telah membaca akhbar wasilah yang mengeluarkan komen Tok Guru Nik Aziz berkaitan satu isu semasa yang semakin hangat membakar persada politik tanah air kita. Menyingkap suasana semasa, Dato Seri Anwar berulang-ulang kali menyatakan komitmen dan keyakinan bahawa telah ada lebih dari 30 orang ahli parlimen BN sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk bersama-sama Pakatan Rakyat dan akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selewat-lewatnya September ini. Walaupun berulang-ulang kali Anwar menegaskan perkara yang sama, saya masih percaya 50-50 sahaja. Pasti kerana, anwar adalah orang politik tulen, justeru pengumuman sebegini mungkin untuk mencukupkan bilangan ahli parlimen BN yang pada ketika pengumuman dibuat, belum benar-benar mencukupi seperti yang didakwa anwar.


Namun, pada suatu hari, seorang wartawan bertanya kepada Tok guru tentang harapannya kepada kerajaan persekutuan berkaitan peruntukan kewangan kepada kerajaan Kelantan. Lantas, Tok Guru bertanya semula (reverse minded skill ni..) "Kerajaan persekutuan siapa? Kalau kita yang jadi kerajaan persekutuan, kita ada banyak duit la.. (saya quote lebih kurang la ye).


Aik, kenapa Tok Guru berkata sedemikian? Benarkah perkara tersebut? jadi, selama ini Anwar bukan sekadar berpolitik?/


Melihat kepada Tok Guru, saya amat yakin dengan izin ALLAH, perkara ini akan menjadi kenyataan seperti yang diungkapkan. Tok Guru dan Anwar adalah dua personaliti politik yang jauh berbeza. Saya sifatkan Anwar sebagai ahli politik tulen (pure politician) sementara Tok Guru adalah adunan seorang ahli politik dan seorang ULAMA. Justeru, kata-kata mereka berdua pastinya melalui pertimbangan yang sedikit-sebanyak pasti ada perbezaannya. Pada saya, kalau Tok Guru sendiri telah manyatakan perkara sedemikian, kebenarannya jauh lebih kukuh berbanding pure politician.


Apa-apapun, ingatlah pesan ALLAH "WA MAKARU WA MAKARALLAH, WALLAHU KHOIRUL MAAKIRIN". Sesungguhnya ALLAH sahajalah sebaik-baik perencana dan akan hancurlah segala agenda manusia jika nak bertentangan dengan kehendak ALLAH. WALLAHU A'LAM.

No comments: