Monday, June 23, 2008

Hebatnya nama PAKATAN..

Assalamualaikum.
Terus mengutarakan isu politik, kali ini tentang "wording" PAKATAN. Perkataan PAKATAN mula diglamourkan setelah Barisan Alternatif menukar nama kepada Pakatan Rakyat, dengan singkatan sebutan "PAKATAN". Setelah itu, kesemua kerajaan Pakatan mendapat perhatian meluas daripada rakyat jelata.

Justeru, baru-baru ini, media arus perdana sering menyebutkan Kerajaan BN sebagai Pakatan Kerajaan. Aik, peliknya. Dulu, pembangkang yang menggunakan nama Barisan (dalam Barisan Alternatif), kini kerajaan yang kononnya masih kuat meniru perkataan Pakatan yang digunakan Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini taktik untuk mengelirukan rakyat, atau taktik meraih lebih sokongan atau taktik terdesak dan tersedak BN.

Biarlah apapun, yang penting ini menunjukkan BN semakin tidak popular dan perlu menumpang populariti PR yang semakin hebat di mata rakyat. Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada semua penggerak dan penyokong PR untuk terus maju ke hadapan. ALLAHUAKBAR!!

Azalina lebih Jantan dari Pak Lah

Assalamualaikum.
Blog ini masih terus membicarakan isu2 politik kerana tekanan yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat amat berat. Semakin hari berlalu, semakin teruk rakyat ditekan dan ditindas.

Baru-baru ini Presiden SAPP mengumumkan hilang percaya kepada Pak Lah. Kalau diteliti dari konsep Islam, hilang percaya bermaksud murtad. Jadi, sepatutnya SAPP telah dikira murtad dari BN. Walaupun ada beberapa tokoh UMNO yang meminta SAPP disingkirkan dari BN, percayalah Pak Lah takkan berani melakukan perkara tersebut. Yelah, Pak Lah kan bersifat betina, pengecut.

Mungkin pak Lah perlu belajar daripada Azalina Othman tentang KEJANTANAN. Azalina amat berani apabila mengeluarkan surat untuk menghentikan atau menggantung aktiviti pelanongan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Inilah JANTAN!!. Tapi, Pak Lah tiada keberanian seperti itu.

Kelantangan Mukhriz hanya ditutup begitu saja. Muhyiddin masih boleh berkata-kata sesuka hati walaupun dilihat bertentangan dengan kenyataan Pak Lah sendiri. Pak Lah sudah menyataan menerima Ezam, tapi Muhyiddin masih mengatakan bahawa kemasukan Ezam memerlukan keputusan MT UMNO. Apa ni Pak Lah??

SAPP sudahpun menyatakan tidak percaya pada Pak Lah, tapi Pak Lah masih menawarkan jawatan senator kepada Presidennya...Ish..Ish...Ish..

Memang, Pak Lah perlu belajar menjadi JANTAN daripada Azalina. Pergilah menuntut ilmu kejantanan dahulu, baru berbicara tentang perubahan.

Sunday, June 15, 2008

Strategi gagal Pak Lah.

Assalamualaikum.
Hari ni, saya nak berkongsi satu pandangan. Selepas menaikkan harga minyak dengan mendadak, Pak Lah terkesima. Rakyat sudah naik minyak. Kenaikan yang amat tinggi. Rakyat di setiap pelosok negara berbicara isu harga minyak. Pak Lah perlu memujuk hati rakyat.

Lantas, beberapa hari selepas kenaikan harga minyak, Pak lah pun mengumumkan beberapa langkah untuk mengurangkan beban rakyat. Apa yang kita dapat tafsirkan, semua ini dilakukan selepas melihat tekanan maha hebat dari rakyat. jika tiada tekanan dari rakyat, sudah pasti Pak Lah takkan memikirkan isu ini. Jika benar Pak Lah ikhlas dan telah memikirkan cara2 untuk membantu rakyat menangani krisis ini, pastilah semuanya telah diumumkan semasa pengumuman kenaikan harga minyak lalu, bukannya selepas melihat tekanan dari rakyat.

Justeru, mungkin akan banyak lagi insentif dan "gula-gula" untuk rakyat selepas pengumuman penguranagn atau penghapusan cukai pendapatan bagi sebahagian besar pembayar cukai tersebut. AKHIRNYA, RM13 BILLION LEBIH YANG DAPAT "DISELAMATKAN" OLEH KERAJAAN DARIPADA PENARIKAN SUBSIDI MINYAK AKAN HABIS BEGITU SAJA. Mungkin jumlah insentif dan gula-gula kepada rakyat menyamai atau melebihi RM13 billion lebih itu.

Akhirnya, kerajaan tidak dapat menjimatkan apa2 jumlah wang. Sebaliknya, hidup rakyat semakin tertekan, harga barang meningkat, kos sara hidup meningkat, jenayah meningkat. Kerajaan tak untung, rakyat semakin rugi. Inilah strategi Pak Lah yang tak menjadi. Strategi dangkal dari PM yang terpaksa mengumumkan Peralihan Kuasa untuk menyelamatkan karier politiknya untuk suatu tempoh yang pastinya amat singkat.

Wednesday, June 11, 2008

Pak Lah dan FalSampahnya..

Pak mengganas lagi. terbaru, serangan harga minyak kepada penduduk negeri Antah Berantah. keganasan berterusan. kali ini, Pak Lah main wayang pulak. Wayang yang penuh jijik, taik, najis. Wayang bertajuk "Mari Tipu Rakyat Kita" sudah terlalu acap dimainkan. Kononnya nak potong elaun keraian Pm, TPM dan Menteri, tapi hanya 10%!

Berikut adalah laporan dari HarakahDaily. "Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000 2. Elaun Keraian RM10,500.00 3. Elaun Perumahan RM10,800.00 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-

Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000 2. Elaun Keraian RM9,500.00 3. Elaun Perumahan RM9,800.00 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas."

Amboi2..gaji Menteri atleast RM 55 650 sebulan, potong RM 1050 je, tinggal lagi RM 54 600. ISH2, KESIANNYA MENTERI KENA POTONG ELAUN, TINGGAL RM 54 600 JE.. KESIANNYA MEREKA..

Kesian KEPALA HOTAK!!! Hidup semua free, gaji buat joli, kena potong sekadar melepas batuk di tangga mahligai Putrajaya. Joli pun guna duit kerajaan. Pak Lah tak ikhlas, main2. Taktik penuh jijik, macam taik, macam orang gila. Benarlah kata pepatah aku "Pak Lah memang Gila". kata pepatah ni aku dapat lepas Pak Lah naikkan harga minyak. Yang turun, minyak dari lori tangki je, turun kedalam tangki di stesan minyak. Tapi, harga tetap naik. Kerajaan BN sepatutnya dibaca sebagai KERA JAHAT BN, atau KERA TAJAAN BN.

Ya ALLAH, Kau melihat hamba2Mu dianiaya. Kau selamatkan kami, dan sedarkanlah mereka yang menzalimi kami. Jika mereka enggan sedar diri, Kau lakukanlah sekehendakMu. Amin.

Wednesday, June 4, 2008

Pak Lah gila!!

Assalamualaikum..
Tiada apa yang patut dibincangkan melainkan keGILAan Pak Lah dan rejim BN untuk menaikkan harga minyak petrol sehingga 78 sen. Dengan berbekalkan saguhati serendah RM 625 SETAHUN, mereka Pak Lah al- Gila ingin kita mengubah cara hidup. Bodohkan dia. Gilakan dia.

Kalau dengan hanya kenaikan 30sen telah menyebabkan impak yang amat negatif terutama kepada kebanyakan rakyat yang hidup dalam kesempitan, pastinya kenaikan 78 sen amat membebankan. Pasti harga barang2 akan naik lagi. Tarif elektrik sudah di umumkan akan naik Julai depan. tepung, susu, gula dan segala barang2 keperluan asas untuk hidup akan naik. Inilah janji pak Lah al-Gila.

Dengan hanya RM 625, setiap hari kita disubsidikan dengan lebih sekitar Rm 2 sahaja. Berapa banyak liter petrol dapat dibeli dengan subsidi hanya RM2? Pak Lah al- Gila tak dapat fikir ke? Jin tak tolong ke??

Dengan prestasi pemerintahan seburuk ini, dengan kelemahan pentadbiran sedahsyat ini, maka layaklah Pak Lah al-Gila meletak jawatan, atau pun kita minta kepada PR untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan secepat mungkin. Tadi saya terpaka beratur panjang untuk membeli minyak. Semua orang dalam kegelisahan. Pergi balik kerja perlu guna kenderaan. Nak balik kampung pun guna kenderaan. kalau Pak Lah al-Gila sanggup pergi kerja naik bas atau tren, boleh lah minta rakyat ubah cara hidup. sekurang2nya ikut cara Lim Guan eng dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dulu, baru nak bercakap pasal ubah cara hidup. pak Lah memang sudah gila.

Kepada rakan-rakan, teruskan menulis pandangan anda kepada blog2, akhbar2, rencana2 dan sebagainya. Semua rakyat sedang mengamuk sekarang. hanya Pak Lah al-Gila yang masih tidur lena.

Selamatkan Malaysia dari kejahatan tangan2 manusia yang jauh dari ALLAH, dan dari manusia yang jauh dari sifat2 kemanusian, macam pak Lah al-Gila.