Assalamualaikum.
Hari ni, saya nak berkongsi satu pandangan. Selepas menaikkan harga minyak dengan mendadak, Pak Lah terkesima. Rakyat sudah naik minyak. Kenaikan yang amat tinggi. Rakyat di setiap pelosok negara berbicara isu harga minyak. Pak Lah perlu memujuk hati rakyat.
Lantas, beberapa hari selepas kenaikan harga minyak, Pak lah pun mengumumkan beberapa langkah untuk mengurangkan beban rakyat. Apa yang kita dapat tafsirkan, semua ini dilakukan selepas melihat tekanan maha hebat dari rakyat. jika tiada tekanan dari rakyat, sudah pasti Pak Lah takkan memikirkan isu ini. Jika benar Pak Lah ikhlas dan telah memikirkan cara2 untuk membantu rakyat menangani krisis ini, pastilah semuanya telah diumumkan semasa pengumuman kenaikan harga minyak lalu, bukannya selepas melihat tekanan dari rakyat.
Justeru, mungkin akan banyak lagi insentif dan "gula-gula" untuk rakyat selepas pengumuman penguranagn atau penghapusan cukai pendapatan bagi sebahagian besar pembayar cukai tersebut. AKHIRNYA, RM13 BILLION LEBIH YANG DAPAT "DISELAMATKAN" OLEH KERAJAAN DARIPADA PENARIKAN SUBSIDI MINYAK AKAN HABIS BEGITU SAJA. Mungkin jumlah insentif dan gula-gula kepada rakyat menyamai atau melebihi RM13 billion lebih itu.
Akhirnya, kerajaan tidak dapat menjimatkan apa2 jumlah wang. Sebaliknya, hidup rakyat semakin tertekan, harga barang meningkat, kos sara hidup meningkat, jenayah meningkat. Kerajaan tak untung, rakyat semakin rugi. Inilah strategi Pak Lah yang tak menjadi. Strategi dangkal dari PM yang terpaksa mengumumkan Peralihan Kuasa untuk menyelamatkan karier politiknya untuk suatu tempoh yang pastinya amat singkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment