Assalamualaikum..
Tiada apa yang patut dibincangkan melainkan keGILAan Pak Lah dan rejim BN untuk menaikkan harga minyak petrol sehingga 78 sen. Dengan berbekalkan saguhati serendah RM 625 SETAHUN, mereka Pak Lah al- Gila ingin kita mengubah cara hidup. Bodohkan dia. Gilakan dia.
Kalau dengan hanya kenaikan 30sen telah menyebabkan impak yang amat negatif terutama kepada kebanyakan rakyat yang hidup dalam kesempitan, pastinya kenaikan 78 sen amat membebankan. Pasti harga barang2 akan naik lagi. Tarif elektrik sudah di umumkan akan naik Julai depan. tepung, susu, gula dan segala barang2 keperluan asas untuk hidup akan naik. Inilah janji pak Lah al-Gila.
Dengan hanya RM 625, setiap hari kita disubsidikan dengan lebih sekitar Rm 2 sahaja. Berapa banyak liter petrol dapat dibeli dengan subsidi hanya RM2? Pak Lah al- Gila tak dapat fikir ke? Jin tak tolong ke??
Dengan prestasi pemerintahan seburuk ini, dengan kelemahan pentadbiran sedahsyat ini, maka layaklah Pak Lah al-Gila meletak jawatan, atau pun kita minta kepada PR untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan secepat mungkin. Tadi saya terpaka beratur panjang untuk membeli minyak. Semua orang dalam kegelisahan. Pergi balik kerja perlu guna kenderaan. Nak balik kampung pun guna kenderaan. kalau Pak Lah al-Gila sanggup pergi kerja naik bas atau tren, boleh lah minta rakyat ubah cara hidup. sekurang2nya ikut cara Lim Guan eng dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dulu, baru nak bercakap pasal ubah cara hidup. pak Lah memang sudah gila.
Kepada rakan-rakan, teruskan menulis pandangan anda kepada blog2, akhbar2, rencana2 dan sebagainya. Semua rakyat sedang mengamuk sekarang. hanya Pak Lah al-Gila yang masih tidur lena.
Selamatkan Malaysia dari kejahatan tangan2 manusia yang jauh dari ALLAH, dan dari manusia yang jauh dari sifat2 kemanusian, macam pak Lah al-Gila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment